RAYUAN KECEMASAN DANA RAMADAN
"
BANTU KAMI
MENGUMPUL DANA
PEMBANGUNAN & KEBAJIKAN
SMU (A) AZHARIAH"
TAHNIAH! ALHAMDULILLAH! ANDA ADALAH INSAN TERPILIH UNTUK MENGHADIRKAN SENYUMAN DI WAJAH ANAK-ANAK PELAJAR DAN WARGA SMU(A) AZHARIAH, MELOR DENGAN SUMBANGAN IKHLAS ANDA SEMUA.
SMU (A) Azhariah, Melor secara rasminya dikenali sebagai Sekolah Menengah Ugama (Arab) Bantuan Kerajaan SMU (A) pada tahun 1987. Diperingkat persekutuan, sekolah ini setaraf dengan Sekolah Agama Rakyat (SAR).
Buat masa ini, sekolah menggunakan kurikurulum Yayasan Islam Kelantan(YIK), iaitu badan berkanun milik kerajaan Negeri Kelantan yang dipertanggungjawabkan untuk mengurus semua sekolah agama milik kerajaan negeri mahupun bantuan kerajaan negeri.
ALAMAT MADRASAH
Sekolah Menengah Ugama (Arab) Azhariah, Pekan Melor, 16400 Melor, Kelantan.
Kawasan sekolah yang ditenggelami banjir apabila tiba musim tengkujuh di Pantai Timur.
TUJUAN KEPERLAN
Pada Ramadhan 2021 ini, SMU(A) Azhariah sangat memerlukan kepada peruntukan untuk membaiki halaman sekolah bagi dijadikan dewan terbuka yang mempunyai bumbung sesuai untuk dijadikan tapak perhimpunan pelajar, padang mini dan program seminar serta seumpamanya.
KELEBIHAN DANA DAN SUMBANGAN
✅
Pembinaan bangunan dan keperluan fasiliti sekolah
✅
Menghadirkan senyuman di wajah anak-anak yatim, faqir miskin dan anak golongan B40 SMU(A) Azhariah untuk menimba ilmu.
✅ Menjadi obor pembakar semangat buat guru-guru SMU(A) Azhariah yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama dan akademik.
Gambar pintu pagar dan laluan sempit untuk ke kelas SMU(A) Azhariah, Melor.
BERAPAKAH YANG DIPERLUKAN
Untuk pengetahuan pihak tuan-tuan dan puan-puan, pembinaan bangunan dan perbelanjaan untuk keperluan fasiliti madrasah serta kebajikan anak-anak pelajar menelan perbelanjaan sebanyak RM1,200,000 Juta . Namun, sehingga kini dana infaq untuk projek ini masih jauh dari sasaran sebenar.
RAYUAN KECEMASAN
SMU(A) AZHARIAH
RM1.2 JUTA
Sumbangan para dermawan semua amat diperlukan untuk meneruskan projek pembinaan dan kebajikan ini.
Melalui bantuan tuan-tuan dan puan-puan, projek murni untuk SMU(A) Azhariah akan dapat diteruskan dan disiapkan dengan secepat mungkin. Sekaligus memberi manfaat buat seluruh warga madrasah dan masayarakat di sekitarnya.
APAKAH YANG DIPERLUKAN
Bagi menjayakan projek pembangunan dan kos keperluan fasiliti di SMU(A) AZHARIAH, pihak kami memerlukan sekurang-kurangnya RM50,000 sebulan dan anggaran kos keseluruhan adalah sebanyak RM 1.2 juta .
Pecahan kos yang diperlukan adalah seperti berikut:
✅
Kos Pembangunan & Baik Pulih:
RM800,000
✅
Kos Peralatan & Program:
RM200,000
✅
Kos Pengurusan & Kebajikan Serta Bil Utiliti:
RM200,000
Dengan bantuan daripada para dermawan sekalian, sedikit sebanyak dapat membantu dan mencukupkan dana rayuan kecemasan Ramadhan untuk tujuan pembangunan dan keperluan fasiliti SMU(A) Azhariah.
“Bahagia sekali buat mereka yang hidupnya berakhir,”
“Namun, pahala terus mengalir”
“Siapa mereka ini?”
MEREKA; YANG MENGINFAQKAN DAN BERWAKAF SEBAHAGIAN HARTA MEREKA UNTUK TUJUAN KEBAIKAN.
BAGAIMANA UNTUK MENYUMBANG
Untuk memudahkan pihak tuan/puan melakukan sumbangan, pihak kami menyediakan pakej tajaan seperti berikut:
Untuk Sumbangan Secara Manual / Bank Transfer / CDM, Boleh Bank In Ke Akaun Di Bawah:
BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD (BIMB)
03018010177291
AKAUN KEBAJIKAN & PEMBANGUNAN SMU(A) AZHARIAH
REFERENCE:
"INFAQ"
*Sila letakkan reference
“INFAQ”
untuk memudahkan pihak kami mengagihkan dana yang telah disumbangkan.
Terima kasih kerana turut menjadi obor pembakar semangat buat guru-guru SMU(A) Azhariah yang tidak pernah lelah dalam memberi didikan agama dan akademik buat pejuang ilmu sekolah ini.
Tiada kata yang mampu diucapkan selain mendoakan semoga Allah memberikan ganjaran pahala yang berlipat kali ganda, memberikan keampunan dosa dan menunaikan segala hajat para penderma sekalian.
Penafian:
1. Bagi pembayaran mengunakan payment gateway Toyyibpay, selepas pembayaran di statement bank akan terpapar pembayaran kepada ANSI SYSTEMS SDN BHD. Ini merupakan rakan kerjasama pembayaran kami.
2. Pembayaran termasuk RM1 caj payment gateway Toyyibpay.
3. Jika ada sebarang pertanyaan atau masalah untuk isi borang ini sila hubungi: +60 11-10770167.